- PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
NAMA PELAJAR : NAZERA EZZATI BINTI MOHD AZMI
NO. MATRIK : 12DEE16F1022
PROGRAM : DEE1B
SESI : JUN 2016
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Rohani Binti Abdul Razak, Pensyarah Mata Pelajaran Pengajian Malaysia, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan kawan-kawan seperjuangan. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan tugasan yang di beri ini.
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya
kurang membangun dan sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap
sebagai negara makmur dengan ekonomi pelbagai.
Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang.
Pengalaman Negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama berates-ratus tahun menjadikan
semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki Negara sendiri yang berdaulat
kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai
cabang sehingga Berjaya member kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
Kempen-kempen oleh para pejuang
kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila
British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian
bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih
ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi
cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali
pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.
DATO’ ONN
JAAFAR
Dato’ Onn
Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat nasionalisme
kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat
di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas
dan Yang DiPertua pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan
mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan
kerjasama antara kaum di Malaysia.
Beliau
dilahirkan di Bukit Gambir , Johor Bahru , Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’
Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama.Seorang kerabat
diraja Johor , beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
sejak kecil , dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya
di England.
Dato’ Onn
bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan pada
tahun 1934 , menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping itu
, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman
Pendudukan Jepun , Dato’ Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri
Johor.Dato’ Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran
penjajah British , tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar
jajahan.
Pada 1-4 Mac
1946 , 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman ,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak
istimewa orang melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada
mesyuarat ini , sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika
Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato’ Onn
amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu , kongres itu melantik beliau
sebagai presiden pertama.
Dato’ Onn bin
Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya
dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik
dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan
bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah
pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga
dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
Pada 1
Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun
kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di
bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah
Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn
kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama UMNO ditukar menjadi
‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.
Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada
25-26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada
orang melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan
Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian
bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada
orang-orang Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Penubuhan
UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan
usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini
kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun
yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan
objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan
penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih
golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
Semasa
Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat
Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga
Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah
Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan
oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat
Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu
yang tinggal di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA
akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat
mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga
memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat
mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang.
"Nasib
bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara
kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan
dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih
tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar
ISHAK HAJI MUHAMMAD
SUMBANGAN :
Ishak Haji Muhammad
(14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako
merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga
1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya
bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pasca merdeka. Gagasan yang ingin
diperjuangkan oleh beliau ialah
penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam
satu serumpun.
Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing
bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya
adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama
sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan
nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Pak Sako
lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan
Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang.
Dalam
bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah
cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera Gunung
Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan
hangat dan beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novel tersebut mencerminkan
pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan.
Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk membakar semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.
Putera Gunung Tahan lahir daripada semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu novel ini adalah sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.
Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk membakar semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.
Putera Gunung Tahan lahir daripada semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu novel ini adalah sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.
Pak Sako merupakan
orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya
menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta
Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen
bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas di Utusan Melayu di
bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako
menjadi pengarang Berita Malai.
Pak Sako terus tinggal
di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako
menggunakan pengangkutan awam. Buat seketika Pak Sako mempunyai sebuah kereta
Fiat semasa dia bekerja di Rembau… tetapi Pak Sako tidak memandu, dan terpaksa
menggunakan drebar. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir
serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan
Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan
hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya
yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang
mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan.
Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako,
Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang
ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada
orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya,
dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris
yang kurang kualiti dan terlalu agresif. Beliau meninggal dunia pada 7 November
1991 di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.
Oleh
sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah
kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik dan
idealistik. Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai
tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air.
TUNKU ABDUL
RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
SUMBANGAN:
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai
sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya. Tunku dilahirkan pada 08 Februari
1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor Setar , Kedah . Beliau
seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau
merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi
ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan
mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan
Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam. Tunku
telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed
Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
Tunku
merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau mampu menarik perhatian
orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau
masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan
Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September 1974
sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam
ruangan Looking Back.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang
kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah
menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang
tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai
pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang
memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa
Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cheranting.
Dalam aspek perpaduan , Tunku selaku pemimpin yang mewakili kepentingan orang
melayu, tidak sesekali menepikan kepentingan kaum lain. Jelas perpaduan rakyat berbilangkaum di negara ini disedari oleh Perlembagaan Tanah Melayu dan ia harus difahami oleh
semua rakyat Malaysia. Sifat saling faham memahami amat penting dan ditekankan oleh Tunku agar rakyat dapat hidup
dalam suasana muhibah dah harmoni. Tunku jugak
dikatakan sebagai A Man of Peace. Kehadiran Tunku ke Rundingan Baling 1955 dengan wakil-wakil Parti Komunis Malaya memperlihatkan
sifatnya yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Meskipun gagal, Tunku dilihat tokoh pencinta kedamaian.
Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein
SUMBANGAN:
Abdul Razak bin Hussein merupakan satu-satunya anak lelaki Dato’
Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang daripada isteri pertama
Dato’ Hussein, Teh Fatimah binti Daud. Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1922 di
Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang sangat
mementingkan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada
golongan yang berada, sikap rendah diri dan sopan jelas nampak pada zaman
persekolahannya. Beliau berkaki ayam di sekolah kerana tidak mahu terasing
daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah. Disebabkan keupayaan politiknya , beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu. Dua tahun kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun. Selepas memenangani pilihan raya umum yang pertama
di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British .
Sumbangan dalam pendidikan sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak bin Dato, Hussein telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan .
Pada tahun 1955 kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan
tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Beliau mendapat sekolah- sekolah
Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu.
Tun Abdul Razak juga amat menitikberatkan
kemajuan luar Bandar. Beliau menganggap apa yang penting dalam sistem demokrasi
ialah keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan
peranan dalam kemajuan Negara. Oleh itu, beliau banyak menyumbang pembangunan
didalam sektor ini. Sejajar itu, beliau digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia. Antara
sumbangannya ialah Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 20
Disember 1974. Rancangan Buku Hijau ini menumpukan perhatian kepada penggunaan
tanah yang sepenuhnya, tanaman jangkapendek (selingan dan bukan selingan),
perkebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air
tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil. Matlamat rancangan ini
ialah menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara,
menambahkan pendapatan rakyat luarbandar sebagai usaha mengurangkan tekanan
inflasi dan kerjasama rakyat, wakil rakyat dan pegawai kerajaan supaya lebih
cergas melibatkan diri dalam usaha- usaha pembangunan. Justeru bagi memastikan
matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan,
Tun Abdul Razak telah melancarkan Rancangan Buku Hijau
pada 20 Disember 1974. Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi pertanian . Antara program yang diatur ialah menggalakan tanaman jangka pendek iaitu tanaman
selingan dan bukan tanaman seperti kacang tanah , sekoi , jagung , ikan air tawar , memelihara kerbau ,
lembu dan sebagainya . Sumbangan dalam perpaduan masyarakat Tun Abdul Razak Dato Hussein
adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung- kampung dan
meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami . Di
bawah kepimpinan beliau Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong royong
dan mengurangkan budaya kelunial di kalangan pentadbir Melayu . Dalam mumupuk perpaduan
antara kaum. Tun Abdul Razak telah
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 . Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan Negara Malaysia yang demokratik , adil ,
saksama , liberal dan progresif .
Sebagai
seorang yang bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara beliau tetap
setia memberi yang terbaik demi kesenangan generasi yang akan datang. Tiada
siapa mengetahui bahawa tahun-tahun akhir kehidupannya, Tun Abdul Razak tetap
mengerah keringat menyumbang buah fikiran serta perubahan sekalipun kondisi
kesihatan beliau kerap terganggu. Tun Abdul Razak tetap menjalankan tugas
hingga ke saat akhir.
RUMUSAN
Jika dikenangkan kembali perjuangan
pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri
masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut.
Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang
kembali perjuangan wira-wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara
tercinta. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang
penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat
setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan
pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang
penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih
berusaha akan membuahkan hasil.
Iktibar yang
boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita ialah
kewibawaan pemimpin.Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin
terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh
rakyat negara Malaysia.
BAHAN RUJUKAN
1) http://nhnnmri.blogspot.my/
2) http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.my/
3) http://pengajianmalaysia.over-blog.com/2015/01/sumbangan-3-tokoh-kemerdekaan-negara.html