Selasa, 27 September 2016

Image result for politeknik kuala terengganu
  •           


  • PENGAJIAN MALAYSIA  (DUB 1012)
SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN



NAMA PELAJAR        : NAZERA EZZATI BINTI MOHD AZMI

NO. MATRIK               : 12DEE16F1022

PROGRAM                  : DEE1B

SESI                              : JUN 2016

JABATAN                     : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NAMA PENSYARAH  : PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK




PENGHARGAAN

               Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. 
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Rohani Binti Abdul Razak, Pensyarah Mata Pelajaran Pengajian Malaysia, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan kawan-kawan seperjuangan. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan tugasan yang di beri ini.




PENGENALAN

       Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan ekonomi pelbagai.
       Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman Negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama berates-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki Negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga Berjaya member kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
       Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.




DATO’ ONN JAAFAR


Image result for dato onn jaafar pejuang kemerdekaan


SUMBANGAN :

     Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.

     Beliau dilahirkan di Bukit Gambir , Johor Bahru , Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama.Seorang kerabat diraja Johor , beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil , dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

     Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan pada tahun 1934 , menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping itu , beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman Pendudukan Jepun , Dato’ Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.Dato’ Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British , tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

     Pada 1-4 Mac 1946 , 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat ini , sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu , kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.

     Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO , dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.
  
      Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada 25-26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.

Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif UMNO  iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.

Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang.

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar




ISHAK HAJI MUHAMMAD

                                                          Image result for pak sako
SUMBANGAN :

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pasca merdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh beliau  ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
        Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang.
Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan.
        Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk membakar semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial. Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.
       Putera Gunung Tahan lahir daripada semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris. Oleh itu novel ini adalah sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air, semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.
       Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi pengarang Berita Malai.
        Pak Sako terus tinggal di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako menggunakan pengangkutan awam. Buat seketika Pak Sako mempunyai sebuah kereta Fiat semasa dia bekerja di Rembau… tetapi Pak Sako tidak memandu, dan terpaksa menggunakan drebar. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. 
        Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif. Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.
        Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik dan idealistik. Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air. 




TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ

                                                              Image result for TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
SUMBANGAN: 

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya. Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor Setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam. Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
            Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun , beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.
            Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan Malaysia dibentuk.Akan tetapi , persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah. 
           Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. 
          Dalam aspek perpaduan , Tunku selaku pemimpin yang mewakili kepentingan orang 
melayu, tidak sesekali menepikan kepentingan kaum lain. Jelas perpaduan rakyat berbilangkaum di negara ini disedari oleh Perlembagaan Tanah Melayu dan ia harus difahami oleh 
semua rakyat Malaysia. Sifat saling faham memahami amat penting dan ditekankan oleh Tunku agar rakyat dapat hidup  dalam suasana muhibah dah harmoni.  Tunku jugak
dikatakan sebagai A Man of Peace. Kehadiran Tunku ke Rundingan Baling 1955 dengan wakil-wakil Parti Komunis  Malaya memperlihatkan  sifatnya yang cintakan  kedamaian dan perpaduan. Meskipun gagal, Tunku dilihat tokoh pencinta kedamaian. 


Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein

Image result for Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein
SUMBANGAN:

       Abdul Razak bin Hussein merupakan satu-satunya anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang daripada isteri pertama Dato’ Hussein, Teh Fatimah binti Daud. Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang sangat mementingkan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada golongan yang berada, sikap rendah diri dan sopan jelas nampak pada zaman persekolahannya. Beliau berkaki ayam di sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah. Disebabkan  keupayaan politiknya , beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu. Dua tahun kemudian,  pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang  sewaktu berumur 33 tahun. Selepas memenangani  pilihan  raya umum yang pertama  di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi         Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut  kemerdekaan Malaya daripada pihak  British . 
       Sumbangan dalam pendidikan sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul 
Razak bin Dato, Hussein telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan . Pada  tahun 1955 kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan  tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan  dasar pecah dan perintah.  Beliau mendapat sekolah-  sekolah  Melayu  serta sekolah-sekolah  vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu. 
           Tun Abdul Razak juga amat menitikberatkan kemajuan luar Bandar. Beliau menganggap apa yang penting dalam sistem demokrasi ialah keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan Negara. Oleh itu, beliau banyak menyumbang pembangunan didalam sektor ini. Sejajar itu, beliau digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia. Antara sumbangannya ialah Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 20 Disember 1974. Rancangan Buku Hijau ini menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya, tanaman jangkapendek (selingan dan bukan selingan), perkebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil. Matlamat rancangan ini ialah menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara, menambahkan pendapatan rakyat luarbandar sebagai usaha mengurangkan tekanan inflasi dan kerjasama rakyat, wakil rakyat dan pegawai kerajaan supaya lebih cergas melibatkan diri dalam usaha- usaha pembangunan. Justeru bagi memastikan matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan,  Tun Abdul Razak telah melancarkan Rancangan  Buku Hijau pada 20 Disember 1974.                                                 Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi pertanian . Antara program yang diatur  ialah menggalakan tanaman jangka pendek iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang  tanah , sekoi , jagung , ikan air tawar , memelihara kerbau , lembu dan sebagainya . Sumbangan dalam  perpaduan masyarakat Tun Abdul Razak Dato Hussein adalah seorang pemimpin yang  berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung- kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami . Di bawah kepimpinan beliau Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong royong dan mengurangkan budaya kelunial di kalangan  pentadbir Melayu . Dalam mumupuk perpaduan antara kaum. Tun Abdul Razak telah  melancarkan  Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 . Rukunegara merupakan ideologi  kebangsaan yang mengandungi hasrat murni  ke arah  membentuk sebuah masyarakat dan Negara Malaysia yang demokratik , adil , saksama , liberal dan progresif .

          Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara beliau tetap setia memberi yang terbaik demi kesenangan generasi yang akan datang. Tiada siapa mengetahui bahawa tahun-tahun akhir kehidupannya, Tun Abdul Razak tetap mengerah keringat menyumbang buah fikiran serta perubahan sekalipun kondisi kesihatan beliau kerap terganggu.  Tun Abdul Razak tetap menjalankan tugas hingga ke saat akhir.




RUMUSAN

Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini, demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.
         Iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita ialah kewibawaan pemimpin.Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.




BAHAN RUJUKAN

1) http://nhnnmri.blogspot.my/
2) http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.my/
3) http://pengajianmalaysia.over-blog.com/2015/01/sumbangan-3-tokoh-kemerdekaan-negara.html